Pages

Showing posts with label (Prinsip Ikhtiar Hidup). Show all posts
Showing posts with label (Prinsip Ikhtiar Hidup). Show all posts

Monday, January 28, 2019

Apa Yang Perlu Di ingat Apabila Sesat

Rumusan Perkara Yang Perlu Anda Ingat Apabila Sesat Didalam Hutan!

Jadi sebagai merumuskan apa yang anda baca melalui posting posting beberapa hari yang lalu,
berikut adalah apa yang anda perlu ingat ketika anda menjalani latihan, amalan atau ketika anda sesat didalam hutan Malaysia.

1. 3 Prinsip Ikhtiar Hidup, iaitu :

  • Mental- jangan mudah goyah, kuatkan semangat, hadapi dugaan.
  • Panjang Akal - fikir Alternatif. Tingkatkan kreativiti.
  • Persediaan yang merangkumi pengetahuan dan peralatan.

2. S.T.O.P. iaitu:
  • Sit = Duduk
  • Think = Fikir
  • Observe = Pemerhatian
  • Plan = Perancangan.

3. A.P.A. iaitu:
  • Api
  • Perlindungan
  • Air

4. Hukum 4 angka 3 (Rule of Four 3's) iaitu: 
  • Tidak boleh hidup 3 minit tanpa udara.
  • Tidak boleh hidup 3 jam dalam keadaan beku.
  • Tidak boleh hidup 3 hari tanpa air.
  • Tidak boleh hidup 3 minggu tanpa makanan.