Pages

Showing posts with label (Elemen Ikhtiar Hidup). Show all posts
Showing posts with label (Elemen Ikhtiar Hidup). Show all posts

Thursday, January 24, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 10 - Rumusan Peralatan dan Kit Ikhtiar Hidup/ Survival Kit


Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 10)
Rumusan Peralatan dan Kandungan Survival Kit

Kalau kita imbas kembali peralatan yang diperlukan diatas, kita akan dapat lihat yang antara peralatan yang paling banyak kita gunakan ialah, Parang atau alat memotong diperlukan disetiap 7 perkara yang diperlukan untuk hidup. Ia juga memainkan peranan utama dalam proses membuat api, yang merupakan faktor utama dalam ilmu Ikhtiar Hidup. Sila lihat juga peralatan peralatan lain yang Tokwan telah “bold” atau tebalkan.
Oleh itu, peralatan peralatan yang bakal disenaraikan dalam Pek Ikhtiar Hidup atau Survival Kit dibawah ini nanti, tidak perlu dipersoalkan lagi. Setiap satu mempunyai fungsinya.

Peralatan didalam Back Pack


Apakah kandungan Pek Ikhtiar Hidup atau Survival Kit.

Tokwan tak nak ikut orang lain, Tokwan ikut apa kelemahan dan keperluan Tokwan. Dibawah ini ialah senarai kandungan Pek Ikhtiar Hidup/Survival Kit.
1.    Dalam Beg Galas /Back Pack  (Beg Utama/Main Pack)
a.    Parang
b.    Pisau
c.    Hammock siap dgn tali
d.    Tarp/Fly sheet siap dgn tali
e.    Water bottle dan cawan
f.     Tali paracord 550 lbs 100 kaki
g.    Kit Perubatan
h.    Buku nota kalis air dan pensel
i.      Alat menapis air Sawyer
j.      Sarung tangan
k.    Peg khemah 2 batang
l.      Lampu suluh dan lampu kecil
m.   Losyen anti pacat
n.    Lighter
o.    Pisau serba guna.
p.    Kelambu kepala.
Peralatan didalam Survival Kit 

2.    Dalam pek kecil sebesar tapak tangan
a.    Rantai gergaji bertali
b.    Alat menjahit
c.    Tablet penyuling air Aquatab
d.    Cermin isyarat.
e.    Kompas kecil
f.     Tinder kapas dalam bekas plastik
g.    Tinder quick fire yang boleh diguna dalam keadaan basah
h.    Ferrocium Rod
i.      Magnesium Fire Starter jenama Doan.
j.      Wisel
k.    Pisau kecil
l.      Batu asah mata pisau Diamond Sharpener.
m.   2 batang suar.



NOTA: SEMUA  PERALATAN INI ADALAH SECARA 
MENYELURUH!!!!!
ANDA TIDAK PERLU IKUT KESEMUA NYA, SEBAB IA BERGANTUNG 
KEPADA APA YANG ANDA MAHIR DALAM ILMU SENI HUTAN 
(BUSHCRAFTING) DAN APA YANG ANDA SANGGUP 
KORBANKAN. 






























Wednesday, January 23, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 9 - Navigasi

Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 9)
Navigasi


NAVIGASI – Kaedah yang perlu dipelajari, paling kurang asas nya. Kaedah ini untuk membolehkan kalau perlu, kita bergerak untuk mendapatkan jalan kleuar dari keadaan semasa.  Peralatan yang diperlukan ketika navigasi lazimnya ialah:
·         GPS yang jika digunakan dgn betul dari mula, telah merakam perjalanan kita masuk ke hutan dan semua laluan kita.
·         Kompas keluaran komersial yang dapat menunujukkan arah yang kita pilih untuk dituju.
·         Kompas alam yang kita buat perkiraan sendiri untuk menunjukkan arah.
·         Tali panjang atau kayu panjang supaya kita mengurangkan kebarangkalian berjalan dalam pusingan.
Parang untuk menanda laluan yang telah kita lalui, memotong akar untuk dijadikan tali arah atau kayu atau buloh untuk dijadikan pengukur arah.



Tunggu artikel berkenaan:

  • Cara cara mencari arah dan cara bernavigasi didalam hutan.
  • Cara mencari arah dengan munggunakan matahari.
  • Cara memcari arah pada malam hari.
  • Cara membuat kompas.

Tuesday, January 22, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 8 - Isyarat

Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 8)
Isyarat/Perhubungan


Wisel - Isyarat Audio

ISYARAT/PERHUBUNGAN
– Amat penting dalam keadaan Ikhtiar Hidup atau Survival. Isyarat termasuk dalam perhubungan, kerana ia menghantar isyarat atau mesej yang sesuatu ada tempat isyarat itu dihantar, menyedarkan pasukan menyelamat dan mencari tentang kebarangkalian posisi atau lokasi orang yang dalam masalah. Isyarat ini dibuat lazimnya dibuat secara audio (bunyi) atau visual (penglihatan). Antara cara isyarat dihantar ialah:


  •  Visual iaitu asap, api, suar, tanda yang dibuat dengan kayu atau batu atau kain baju, nota, sinaran cahaya (melalui cermin atau benda yang berkilat).

  • Audio atau bunyi melalui wisel kecemasan, ketukan kayu atau buloh kosong, atau periuk atau tin, letupan mercun atau bunyi tembakan.



Cermin Isyarat/Signal Mirror - Isyarat Visual

Tunggu artikel cara cara membuat Isyarat Kecemasan

Monday, January 21, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 7 - Makanan



Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 7)
Makanan

MAKANAN – lazimnya, kita bawa lebih untuk 3 hari, Jika sesi berkhemah atau hiking ialah selama 2 hari, makanan yang patut dibawa ialah untuk 5 hari. 2 hari masa sessi itu makan lengkap untuk 5 kali sehari, dan yang makanan simpanan untuk 3 hari itu untuk sekali makan sehari. 

Contoh..50 gram beras untuk sekali makan.
Satu hari makan 3 kali X 50 gram ialah 150 gram.
Maka untuk 2 hari sesi berkhemah ialah 150 gram X 2 ialah 300 gram.

Untuk makanan kecemasan selama 3 hari dengan dimakan sekali (50 gram) sehari ialah:

50 gram X 3 hari ialah 150 gram. 

Jumlah yang perlu dibawa ialah 300 gram (untuk 2 hari) 
campur                                        150 gram (untuk 3 hari)
Jumlah ialah                                450gram  (beras sahaja untuk 5 hari).

Terpulang kalau hendak dibawa lebih. Antara makanan yang dibawa lazimnya ialah:
·         Beras
·         Gula
·         Garam
·         Kopi (Bonus)
Peralatan yang diperlukan ialah
·         bekas memasak yang mungkin keluaran komersial atau dari sumber alam seperti buloh.
·         Api



Sunday, January 20, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 6 - Perubatan


Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 6)
Perubatan


PERUBATAN – Satu kit yang mengandungi bahan perubatan dan ubat ubatan samada untuk kecederaan, alahan, sakit yang belum terjadi dan penyakit yang sedia ada.
·         Plaster untuk luka kecil seperti bandaid.
·         Plaster untuk luka besar seperti gulongan plaster atau surgical tape.
·         Gauze swab dan kapas untuk cuci luka.
·         Gauze swab untuk menutup luka.
·         Pembalut luka.
·         Gunting hanya digunakan untuk perubatan.
·         Losyen antiseptik
·         Cecair Iodine
·         Sterile strip untk memegang luka yang terbelah untuk sementara.
·         Kit menjahit luka.
·         Sapuan alkohol untuk mencuci luka.
·         Ubat menahan sakit.
·         Ubat anti alahan atau anti histamin.
·         Pil arang untuk cirit birit.
·         Ubat gastrik (sebab kita kurang makanan)
·         Ubat demam dan sakit kepala seperti paracetamol.
·         Ubat ubatan yang diperlukan jika kita mengidap Kencing Manis, Darah Tinggi dan Sakit Jantung.
Parang untuk memotong kayu untuk menjadikan anduh atau topang





Tunggu artikel untuk Basic First Aid

Saturday, January 19, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 5 - Air


Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 5)
Air

AIR – Boleh didapati dari sumber sumber seperti sungai, mata air, pohon, akar dan juga tanah. Peralatan yang diperlukan lazimnya adalah:
·       Bekas untuk mengumpul air (samada benda keluaran komersial atau pun sumber alam seperti buloh).
·       Bekas untuk memproses air iaitu menapis air yang kotor (samada keluaran komersial atau sumber alam seperti buloh dan daun daun tertentu).
·       Bekas untuk memasak air yang telah diproses (samada keluaran komersial atau buloh dan daun).
·       Penyulingan air dgn cara memasak atau menjemur menggunakan kaedah SODIS, (bekas air, plastik cerah, buloh, daun, api dan matahari)
·       Parang atau alat memotong untuk memotong buloh, pohon dan akar.



Tunggu artikel tentang :

  • Cara cara mencari sumber air.
  • Pepohon yang mengandungi sumber air
  • Cara memproses air.

Friday, January 18, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 4 - Perlindungan.



Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 4)
Perlindungan

PERLINDUNGAN – memerlukan paling kurang bumbung untuk berteduh yang juga boleh bertindak sebagai dinding penghalang angin. Katil atau pangkin dari sumber yang sama dalam menyediakan satu alas tempat tidur yang jauh dari tanah. Samada di buat dari bahan komersial seperti tarpan atau fly sheet atau daripada sumber alam seperti kayu, susunan buluh dan daun. Lekok dalam dinding batu (gua kecil) juga boleh dibuat sebagai tempat perlindungan. Antara peralatan yang diperlukan dalam membuat perlindungan ialah:

·         Parang atau alat memotong untuk memotong kayu, buluh dan dahan dalam mendapatkan bahan untuk membuat struktur perlindungan.
·         Parang untuk memotong dan membelah buluh, rotan , kulit kayu serta akar menjalar dalam usaha membuat tali untuk mengikat bahan bahan dalam pembinaan struktur tadi.
·         Flysheet yang lengkap dengan tali hasil keluaran komersial untuk mengadakan bumbung dan dinding.

Hammock yang lengkap dengan tali dalam mengadakan satu buaian atau katil supaya kita tidak tidur diatas tanah disebabkan bahaya bahaya tertentu seperti:-
  • Binatang berbisa menjalar dan merayap, seperti ular, lipan dan kala jengking. Ular suka haba yang dikeluarkan oleh tubuh badan.
  • Ancaman binatang menyodok seperti khinzir hutan.
  • Tidur diatas tanah akan menyebabkan kehilangan haba badan dan kita terdedah kepada hypothermia. 



Thursday, January 17, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 3 - Api





Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 3)
Api

Keperluan yang paling penting dan utama, kerana api berupaya menjauhkan binatang buas, dan membolehkan kita memproses air selain dari beberapa kegunaan lain lain.

Untuk merealisasikan kesemua tujuh perkara yang disebut diatas, kita perlu mengambil kira peralatan yang diperlukan untuk setiap perkara. 

API - memerlukan haba, oksigen dan bahan bakar. Alam telah memberikan kita oksigen yang ada diudara, bahan bakar iaitu kayu kayu kering (jika kering la) dalam hutan dan kebijaksanaan manusia untuk mengadakan haba. Haba pula berupaya dijadikan bara. Oleh itu apa kah peralatan yang perlu kita bawa ke hutan untuk mengadakan api? 

·        Parang atau alat memotong untuk merincikkan atau memotong kayu tadi ke dalam bilah yang lebih kecil supaya mudah terbakar. Kayu yang kecil sebesar setengah jari ke sebesar jari kita gunakan Bahasa Inggeris, iaitu Kindling. Bahan bakar yang sebesar lengan atau betis ke peha, kita juga panggil dalam bahasa Inggeris iaitu Fuel Wood.
·         Bahan yang lebih mudah menjadi bara, dan menjadi api kecil untuk membakar bahan bakar seperti kayu yang lebih besar. Bahan ni kita panggil tinder atau umpan api. (Kapas, kertas tisu kering, rabok buluh, kering habuk kayu kering, rumput atau lalang kering dan sarang burung kering amat sesuai digunakan sebagai tinder atau umpan api.)



·        Mancis atau lighter untuk memulakan pembekalan api kepada tinder atau umpan api. Tetapi jika mancis atau lighter basah, kita terpaksa menggunakan apa apa bahan yang dapat mengeluarkan percikan yang lazimnya kita dapat melalui geseran.  Alat yang paling mudah buat masa ini untuk mendapatkan  percikkan atau spark api ialah seperti Ferrocirrum Rod atau lebih dikenali sebagai Firesteel dan Magnesium Bar. Boleh google, banyak dalam pasaran sekarang ini.
·       Parang juga boleh membantu dalam pembuatan api, di mana parang atau alat memotong digunakan untuk membentukan peralatan dalam pembuatan api secara primitif seperti :
o   Hand Drill
o   Bow Drill
o   Fire Thong
o   Bamboo Saw
o   Fire Plough
o   Fire Pump

Tunggu artikel yang akan datang:

  • Cara membuat api secara bersedia (prepared survival)
  • Cara cara membuat api secara primitif

Wednesday, January 16, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 2- Elemen Ikhtiar hidup.




Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 2)

Okay, posting Tokwan kali ini ini, kita bincangkan tentang survival kit. Survival kit ni bolehlah dikatakan satu pakej atau pek yang mengandungi alat alat untuk ikhtiar hidup atau survival apabila ditimpa satu malapetaka didalam hutan.  Antara malapetaka tersebut ialah sesat, terhalang pergerakan kerana banjir, tanah runtuh, bencana alam atau pun sesuatu dharurat.

Kita ke Pek atau Kit Ikhtiar Hidup/Survival kit.

Survival kit ialah sesuatu yang sabjektif, ia terpulang kepada kepakaran seni hutan atau bushcrafting seseorang itu. Didalam kes ini, kita andaikan seseorang itu kurang arif tentang seni hutan, seperti Tokwan.

Apabila kita hendak mengadakan satu Survival Kit, kita perlu fikirkan apa kah keperluan untuk kita hidup selama paling kurang 72 jam (standard antarabangsa), dan hanya pentingkan perkara perkara basic untuk hidup saja (lupakan aircon, dapur gas,hiburan radio/tv, tilam yang empuk, bantal yang selesa, makanan 5 kali sehari dan sebagainya).
Perkara yang penting untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut Tokwan rumuskan seperti berikut:-

1.    Api (Untuk cahaya membolehkan kita melihat pada malam hari, memberi kehangatan ketika cuaca sejuk, memasak air dan makanan, menghindari binatang buas, menghalau nyamuk dan agas serta memberikan kita keyakinan).

2.    Perlindungan(Untuk melindungi kita dari elemen cuaca panas atau sejuk, hujan, angin dan juga memberikan atau menambah keyakinan yang kita ada perlindungan yang selamat).

3.    Air (Untuk melangsungkan kehidupan kita dengan cara penghidrasi kerana manusia memerlukan air untuk meneruskan kehidupaan).

4.    Perubatan (Untuk memastikan apa apa luka atau kecederaan dapat di rawat dan membendung setakat yang boleh dari menjadi lebih teruk, mengubat alahan dan masalah kesihatan yang kecil).

5.    Makanan (Untuk memastikan kita sentiasa bertenagauntuk menjalankan aktiviti seperti membina struktur dan juga berjalan keluar dari keadaan yang sedia ada).

6.    Isyarat/Perhubungan (Untuk membolehkan kita memberi isyarat supaya pasukan mencari dan menyelamat atau mana mana orang yang kebetulan berhampiran dengan kita yang dalam keadaan semasa).

7.    Navigasi (Untuk membolehkan kita mencari arah yang diingini, mungkin disebabkan kita mengetahu arah mana yang boleh membawa kita menuju ke ketamadunan yang merupakan sesuatu tempat yang selamat).