Pages

Friday, February 8, 2019

JERAT/SNARES UNTUK NEWBIES.


MENCARI MAKANAN : JERAT/SNARES.

Salah satu kaedah mencari makanan didalam hutan ialah dengan memasang jerat atau didalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai Snares.

Jerat yang bakal ditunjukkan ialah untuk menjerat binatang binatang kecil, seperti pelanduk, napoh, landak, biawak atau tikus.  Dengan jerat sebegini, kemungkinan ular juga biasa dijerat. Perlu diingat, dalam mode Survival, sudah dikira dharurat.

Kali ini Tokwan kongsikan jerat jerut bidas/spring snare dan juga jerat hempap/deadfall. Ini adalah salah satu kaedah. Banyak lagi jenis jenis jerat. Tetapi sebagai asas, kita lihat bagaimana memasang jerat bidas, jerat hempap dan juga jenis jenis trigger atau picu yang selalu digunakan.

Jerat Jerut Bidas atau Spring Snare
Jerat Jerut Bidas atau Spring Snare.
Disebelah kiri ini ialah jerat jenis Jerat Jerut Bidas. Cara ia bertindak ialah apabila mangsa memasuki kepala kedalam gelung jerut, ia akan bergerak sambil menjerut dan apabila ditarik, tali jerut tersebut akan menarik trigger, menyebabkan buloh atau kayu yang ditahan oleh anchor, membidas sambil menjerut dengan lebih kuat.

Lihat trigger jenis Y, anchor, dan juga jarak diantara gelung jerut dengan tanah. Gelung jerat tidak boleh rapat ke tanah untuk mengelakan gelung dipijak oleh haiwan.

Jerat ini ialah untuk haiwan haiwan kecil seperti Napoh, Pelanduk, Landak dan juga Biawak.

Amat mudah dalam memasangnya walaupun dengan sedikit usaha.

Jika gelung jerut digantikan dengan tali mancing dan dipasang kail, jerat bidas ini boleh dipasang ditepi sungai sebagai jerat pancing.


Jerat Hempap atau Deadfall
Jerat Hempap atau Deadfall
Jerat atau lebih merupai perangkap hempap ini amat popular di negara barat untuk menangkap haiwan kecil jenis rodensia seperti tikus. Jerat hempap ini juga berupaya menangkap ular dan lain lain haiwan menyelinap seperti biawak kecil.

Ia menggunakan kaedah menghempap keatas mangsa apabila picu atau trigger digerakan apabila mangsa mengambil makanan.

Kelemahan jerat ini ialah untuk mendapatkan kesimbangan dalam menahan beban. Kadang kadang, batu atau kayu beban itu akan jatuh hanya disebabkan angin yang kuat.



Jenis Jenis Picu Jerat atau Trigger
Pada hari ini Tokwan tunjukkan dua jenis trigger, iaitu Y trigger dan Peg Trigger. Ia bertindak lebih kurang dengan cara yang sama.

Jenis Jenis Tali Untuk Jerat.
Banyak jenis tali yang boleh digunakan. Dari tali buatan sendiri, ke tali plastik, tali rami (Jut), Tali Paracut (paracord), tali memancing sehingga ke dawai stainless steel.

Jika anda ada apa apa soalan, sila tinggalkan diruangan komen dan Tokwan akan cuba menjawabnya dengan seberapa segera.

2 comments: