Pages

Sunday, February 24, 2019

Perbandingan Tinder

Tokwan dapati pengaruh rancangan Survival di TV amat kuat, sehingga ramai yang hanya menggunakan tinder atau bahan umpan api yang dari luar negara dan kurang mempraktikkan bahan umpan api tempatan.
Hari ini, saja Tokwan buat perbandingan diantara tinder luar negara yang gah iaitu Fatwood dari pohon Pine, yang akan ditandingi oleh Fatwood kita sendiri iatu Raja Kayu yang dari keluarga Pokok Damar Minyak.

Raja Kayu atau nama saintifik nya Agathis Bomeensis Warburg yang dari keluarga Damar Minyak yang nama saintifik nya Agathis Alba yang digunakan dalam perbandingan ini ialah dari sebatang kayu yang telah dipotong melebihi 20 tahun lalu, dan disimpan oleh Tokwan sendiri hampir 20 tahun.

Buloh yang digunakan pula ialah sebatang buloh yang Tokwan jumpa di bawah rimbunan buloh beberapa minggu lepas.

Fatwood Pine ini pula berusia lebih kurang 2 bulan dan diperolehi dikawasan Selangor, dan dipercayai ditanam semasa zaman penjajah Inggeris dulu.



No comments:

Post a Comment