Pages

Friday, January 25, 2019

Sesat STOP bah 1.


Tetiba Sesat!!!!!!.....Udah! Apa Nak Buat Ni??

Jangan panik…kalau hang panik, aku pun panik……! Okay, sebut ja jangan panik, terus kita panik…macam bila kita tengah bergayut kat tebing yang tinggi, jurulatih cakap “Jangan Tengok Bawah”…kita terus tengok bawah kan?

Tetapi ialah, yang sebenarnya, pertama sekali, jangan panik…relak…

Yang pertama sekali, JERIT KUAT KUAT…sebab mungkin rakan anda (jika anda tidak hiking solo macam Tokwan la) masih berada berhampiran dan dapat dengar jeritan anda.
Kalau anda ada wisel kecemasan, tiup berulang kali. Tetapi jika dah jerit atau tiup wisel selama 20 atau 30 minit pun masih tiada sahutan …jangan teruskan. Tengok handphone, ada line tak? Kalau ada, buat panggilan kecemasan. Kalau tiada...baca seterusnya.

Cuba back track..atau jejak kembali laluan yang anda ambil, mungkin anda dapat mengecam denai/trail yang sepatutnya anda ambil. Jika sudah melebihi 200m, cukup..berhenti saja.

Okay, sekarang boleh panik..hehehe…tak la..jangan panik!!!

Ini dah kira kita dah cuba “backtrack” atau cuba cari trail yang kita sepatutnya ambil, tetapi tak jumpa la…ini dah kira betui betui dalam mode sesat ni..dah memang sesat la..tak tau arah mana nak tuju, dan denai atau trail yang sepatutnya kita ambil pun tak jumpa dah.

Trail pun nampak pelik, tadi tak lalu pun trail ni. Aiseyman, sesat la ni.

Dah habih meraung, hantok dahi kat pokok , dah puas cubit cubit lengan anda nak tahu ini mimpi atau realiti, okay sekarang relak, ya relak dan ingat apa yang Tokwan bagitau kat bawah ni.
Okay, ingat Rukun Sesat Antarabangsa, iaitu:  S.T.O.P. 4 huruf yang amat berkuasa, penuh dengan kuasa magis yang akan membantu anda menghadapi situasi genting ini. Tetapi maknanya dalam bahasa Inggeris, jadi siapa yang ponteng kelas Inggeris dulu tu…Tokwan tak leh nak tolong..okay?

Apa itu S.T.O.P.?

S = Stop and stay put, maknanya, berhenti dan jangan kemana mana, jangan berlari, jangan panik. Relakkkk. Minum Air. Relak. Tenangkan fikiran anda. Anda hanya boleh membuat keputusan yang betul hanya apabila anda sudah tenang.
T = Think. Maknanya, fikir. Fikir apa yang anda buat silap sehingga boleh sesat. Fikir apa anda perlu buat. Fikir, gunakan akal anda, sebab akal anda akan memberi ide ide yang bernas.
O = Observe. Maknanya, buat pemerhatian . Yang ni panjang sikit. Perhatikan:
·         Masa, dah pukul berapa sekarang, dah nak malam ka, dalam hutan, keadaan akan gelap dgn cepat, sekitar 6.30ptg…berapa banyak masa terang yang anda ada?
·         Keadaan rupa bumi. Adakah anda berada dilereng, atau terlalu dekat dengan sungai atau dilembah. Adakah anda terdedah kepada tanah runtuh atau banjir?
·         Adakah and terlalu dekat dengan denai binatang atau Sira yang mungkin mendedahkan anda kepada ancaman binatang buas?
·         Tengok keatas, lihat keadaan pokok pokok samada ada yang dah mati atau menyondong kearah mana yang boleh menghempap anda.
·         Lihat samada anda dikawasan panahan petir. Lihat banyak tak pokok pokok yang dah mati dengan kesan terbakar sedikit.
·         Adakah anda dikawasan dimana terlalu banyak longgokan batu atau longgokan kayu mati yang mana  binatang berbisa mungkin diami?
·         Lihat sumber sumber air, seperti anak sungai. Rimbunan buloh, kemungkinan besar ada air didalam nya, dan boleh jadi sumber membuat perlindungan. Lihat juga sumber kayu api.

Sebenarnya bawah topik Observe ini ..amat panjang, tetapi memadailah buat masa ini, Tokwan bagi banyak ni dulu.

P =Plan. Maknanya, perancangan. Berdasarkan T dan O tadi, anda sekarang sudah boleh membuat perancangan samada hendak kekal disitu atau berpindah ke satu tempat yang lebih selamat tetapi berdekatan.
Jika anda terpaksa berpindah, tinggalkan sebanyak mana maklumat yang boleh disitu untuk memaklumkan arah anda tuju. Cara yang terbaik ialah mengatur batu atau kayu supaya menjadi bentuk anak panah yang menunjukkan arah.

Selalunya, kalau tempat itu selamat, elok kekal, sebab pada masa ini anda tidak begitu jauh dari laluan asal, yang akan memudahkan orang mencari anda.

Ketika membuat perancangan, pastikan anda merancang untuk menyimpan tenaga. Cari sumber sumber berdekatan dahulu.

Pastikan anda mempunyai bekalan kayu api yang mencukupi untuk 3 hari, setiap masa. Buat dua unggun api, samada di hujung kaki atau kepala, atau kiri kanan anda.

Rancangkan untuk membuat perlindungan api dan kayu api anda, sebab kalau hujan, api mungkin terpadam dan kayu api menjadi basah.

Pastikan katil/pangkin anda tinggi sekurang kurangnya 2 kaki dari tanah, dan terletak hampir dengan api.

Rancangan anda metilah samada api atau perlindungan dahulu. Air ialah perkara ketiga dan anda boleh mencari sumber air apabila keadaan membenarkan, salah satu daripada keadaan yang membenarkan itu ialah, apabila siang hari sebab berjalan dalam keadaan yang kurang terang didalam hutan adalah merbahaya dan kamu mungkin sesat dari tempat perlindungan yang kamu bina.

Dan, yang paling penting, pastikan Kit Ihtiar Hidup anda sentiasa ditubuh anda, ini jika anda terpaksa bergegas meninggalkan tempat itu, ia sentiasa bersama anda.


Pokok Buloh, tumbuhan yang penuh dengan sumber.
Hanya pindah jika:
1.       Wujud kebarangkalian ancaman keatas nyawa anda.
2.       Tiada sumber kayu api dan air.


Bersambung.

5 comments:

  1. Good info and sharing. Kalau sy cuba elakkan masuk hutan ni sorang2. Tokwan dah kira hardcore.. takde hal.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Nazri, nak dikatakan hardcore tu tak la jugak. Tujuan saya hike solo ialah untuk mengatasi ketakutan saya dan juga menguatkan mental saya. Saya pun takut dan seghiyau jugak...kalau kata tak, maka saya berbohong la. Cuma, pada saya, kekuatan mental lah yang kana menentukan hidup mati kita apabila keseorangan didalam hutan.

      Delete
  2. Pengalaman yang baik...apa pun jangan gelabah orang kata.. jangan panik..

    ReplyDelete