Pages

Showing posts with label (Ikhtiar Hidup). Show all posts
Showing posts with label (Ikhtiar Hidup). Show all posts

Tuesday, January 15, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 1 - Pengenalan




Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 1)
Satu topik yang amat menarik, terutama bagi remaja remaja atau kanak kanak. Ramai diantara orang dewasa memandang sinis atau remeh apabila kita sebut perkataan “ Jungle Survival”.
Tetapi itu satu kebiasaan terutama dikalangan masyarakat kita.
Bagi yang kurang berminat, jawapan yang selalu Tokwan dengar ialah, “ Perlukah? Kenapa nak masuk hutan, negara masih aman, tak dak punya Malaysia nak pi perang!”. Atau..” tu nak meniru Omputeh la tu…apa nama dia? Bear Gril (Bear Grylls) la tu…ala, yang dok keluar kat TV tu..”..


Tetapi bagi yang berminat, yang main hutan, pada mereka , ini ialah sesuatu yang amat mustahak, kerana ia merupakan antara hidup dan mati bagi mereka. Yang menghalang mereka untuk pelajari ilmu ini ialah mereka yang fikir tentang kos yang dikatakan mahal, susah untuk mendapat peralatan dan antaranya, was was tentang tenaga pengajar yang menjalankan kursus kursus Ikhtiar Hidup atau Survival ini.
Tokwan tak kata Tokwan seorang pakar, Tokwan pun masih belajar lagi, Cuma pendapat Tokwan, lagi banyak kita kongsi, lagi banyak kita belajar.
Pada Tokwan, Ilmu atau Seni Survival / Ikhtiar Hidup ini sesuatu yang amat menyeronokan. Ialah dah Tokwan minat bidang tu…seronok la… dan pada pendapat Tokwan ia sesuatu yang amat baik dan membina.
Tokwan pernah memberi kelas percuma kepada sekolah sekolah, beberapa event dan pernah memenuhi beberapa jemputan. Maklum balas ialah positif. Diantaranya:-

  •         Membina perwatakan seseorang itu
  •       Menambah keyakinan, menjadikan seseorang itu lebih positif.
  •       Menjadikan satu hobi yang berguna, meninggalkan atau mengurang kegilaan gajet dikalangan remaja.
  •       Memperbaiki disiplin dan mempunya semangat yang tinggi.
  •       Lebih tertib dalam melakukan pekerjaan.

Tokwan memang suka berkhemah. Jadi secara tak langsung sudah biasa tidor dalam khemah atau buaian/hammock, sudah biasa dengan semak samun, dan biasa dalam membuat api, masak diluar secara ringkas dan makan bekalan yang ringkas.

Minat makin mendalam apabila memasuki Pasukan Polis DiRaja Malaysia, dan menjalani latihan Pasukan Polis Hutan. Sehingga sekarang, Tokwan masih berminat dan masih belajar tentang seni Survival ini. 

Pada masa yang sama, peluang belajar dari beberapa orang asal peribumi di Perak seperti Sungai Siput, Pengkalan Hulu dan beberapa tempat lagi, memang seronok, kerana baru Tokwan sedar betapa ceteknya pengetahuan Tokwan tentang cara hidup dalam hutan dan juga tentang alam semula jadi ini.

Monday, January 14, 2019

Kit Survival Day Hike


KIT IKHTIAR HIDUP UNTUK HIKING SEHARI
(DAY HIKE SURVIVAL KIT)

Baru baru ni Tokwan hike ke Pantai Keracut yang berada didalam Taman Negara Pulau Pinang. Ni saja syok syok punya hike, pelepaih gian. Memang trail ni selamat. Satu hala sahaja, cuma ada persimpangan di Bukit Itam Trail ke Bukit Itam dan ke Sungai Tukun, satu ke kanan dan satu ke kiri. Atas sikit, ada persimpangan ke Telok Kampi. 
Satu trail smple dari entrance ke Pantai Keracut, sejauh 3.5km.
Namun apa yang Tokwan tengok, muda mudi yang hike situ, majoriti tak bawa apa, berlenggang. Yang perempuan, air pun tak nak bawa, harapkan “boy” tolong bawa.
Maka flashback kembali ke hike hike di Cerok Tok Kun, Bukit Seraya dan beberapa bukit atau gunung lagi, dimana senario yang sama dilihat…iaitu…kalau dayhike, berlenggang saja.

Bila Tokwan imbas balik kes kes sesat yang terdahulu, kebanyakan kes kes sesat ni berlaku ketika One Day Hike, atau Day Hike, dimana tempoh masuk dan keluar, hanya sehari.

Jadi sharing atau perkongsian hari ini ialah apa yang Tokwan bawa dalam back pack untuk Day Hike.

Untuk Day Hike, Tokwan guna bag 30 liter. Selain makanan dan minuman, Tokwan masukkan kedalam back pack tersebut beberapa barang yang berguna dan menjimatkan masa jika Tokwan tersesat.

Yang pasti Tokwan bawa ialah :
1.      Fly sheet yang berwarna terang (warna oren pilihan Tokwan sebab nampak dengan jelas). Flysheet siap dengan tali/cordage untuk membolehkan dipasang dgn cepat.
2.      Hammock siap dengan tali tali supaya mudah dipasang dengan cepat. Hammock ini tiada kelambu supaya cepat Tokwan turun dari arah mana pun jika terpaksa.
3.      Pisau
4.      Gergaji lipat
5.      Kit Perubatan
6.      Kit Ikhtiar Hidup yang mengandungi kompas, kit membuat api, emergency blanket dan pelbagai keperluan lain.
7.      Sehelai shemagh untuk pelbagai guna.
8.      Kelambu muka (melindungi bahagian kepala sahaja dari nyamuk).
9.      Krim anti pacat.

Sila lihat gambar dibawah.


Tokwan pasti, akan ada orang yang akan berkata, ala, Day Hike jer pun…takkan nak bawa sebegitu banyak?

Memang betul, day hike jer pun, tapi bila kita nak lalai ketika hiking, nak digelapkan mata ketika hiking, tak payah lama, hike 2 jam pun boleh kena.

Jadi dengan ada nya persediaan ini, dan juga sedikit latihan, Tokwan berjaya menaikan fly dan memasang hammock dibawah masa 8 minit.

Jadi kalau hari nak hujan dan nak gelap pun, lampu suluh dalam survival kit tu boleh membantu, dan masa untuk mencari kayu dan membuat api pun kita ada banyak…tak kelam kabut.

Tokwan buat macam ni, sebab masa untuk adakan perlindungan sementara dari bahan alam semula jadi biasanya memakan masa diantara 2 ke 4 jam.  Itu pun kalau kita telah dilatih.

Sekian, sehingga kita bertemu dilain masa.

Saturday, January 12, 2019

Salah Faham Tentang Kebolehan Ikhtiar Hidup atau Survival!


Pernah kah anda dengar ayat ayat dibawah ini? 


"Saya selalu tengok rancangan Ikhtiar Hidup di TV, tengok siPolan ini atau siPolan itu tunjuk cara nak hidup kalau sesat dalam hutan, jadi saya tahu apa nak buat dan saya yakin saya boleh hidup."

Atau,

"Saya kalau sesat, saya cari sungai dan ikut sungai la..boleh minum air sungai, tepi sungai selalu ada perkampungan."

Atau,

"Saya selalu gi hiking ngan member, dah bertahun dah, saya ada pengalaman, kalau sesat saya yakin saya boleh hidup."

Atau,

"Saya ada Survival Knife, beli pun beratus, saya ada tali dan tau cara nak guna tali..jadi saya kalau sesat pun boleh hidup punya."

Atau,

"saya selalu bawa survival kit, saya beli kat Singapura tahun lepas, saya selalu bawa dalam poket saya, kompak, kecik ja, ringan, semua ada, jadi kalau saya sesat, saya boleh keluar punya."

Atau,

"saya pernah hadiri kurus Ikhtiar Hidup 5 tahun dulu, kelas dia ok, ajar buat api, buat pondok, cari air, tapis air, ya…saya yakin saya boleh hidup."

-------------------------------------------------------------

Okay, kita tengok ayat ayat diatas, semua boleh dikatakan lengkap. Ada yang dah pernah pergi kursus, ada yang dah ada Survival Kit, ada yang beli pisau beratus ringgit, ada yang dah berpengalaman hiking atau meredah hutan, dan ada yang selalu tgk rancangan survival kat TV.

Tetapi, kalau anda banyak pengalaman hiking, anda mungkin tahu dan pakar cara hiking, tetapi adakah anda mempunyai pengetahuan, kepakaran dan jugak mentaliti untuk terus hidup?

Kalau anda mempunyai pisau yang berharga beratus ringgit, adakah anda tahu cara menggunakan pisau itu untuk kesinambungan kehidupan anda dengan serba kekurangan didalam belantara?

Walaupun anda telah pernah hadiri kursus Ikhtiar Hidup beberapa tahun lalu, tetapi  anda tidak fokus ketika kelas, anda tidak berlatih atau menggunakan kaedah yang telah diajar semasa kursus, bolehkah anda buat perkara perkara yang perlu ketika dalam keadaan dharurat seperti buat api dalam masa 1 jam, buat perlindungan sebelum hilang cahaya dalam hutan?

Okay, anda telah pernah hadiri kursus, telah pun berbelanja wang untuk membeli survival kit yang berjenama, adakah anda pernah menggunakan atau membiasakan diri menggunakan survival kit tersebut? Adakah and pernah berlatih, mengadakan senario sesat dan menggunakan survival kit tersebut?

--------------------------------------------------------------

Satu perkara utama, adakah anda bersedia untuk menghadapi situasi sesat dalam belantara secara solo dengan spenuhnya?  Bersedia dari segi:

1.    Kekuatan mental dimana tanpanya, anda mungkin mengalami seragan panik dan menjadi histeria, berlari kesana sini, menjerit jerit, terpekik pekik mieminta tolong, waktu ini lah anda menjerit memanggil semua nama nama ibu bapa dan nenek moyang anda.

2.    Akal yang panjang, dimana anda belajar menggunakan apa yang anda bawa, dengan apa yang ada disekeliling anda, belajar mencari cara alternatif sekiranya cara yang anda cuba buat atau dilatih buat, gagal.

Tokwan selalu menekankan keperluan berlatih, berlatih dan berlatih. Moto Tokwan, Practice Makes Perfect!

Pertama, melatihkan minda kamu supaya kuat, agar berani ketika berada dalam keadaan berseorangan, berlatih menghadapi ketakutan, berani dengan kegelapan.

Kedua, berlatih, minda kamu supaya cepat mengenal pasti alternatif yang ada disekeliling kamu. Berlatih membuat sesuatu benda dengan benda yang jarang orang gunakan.

Ketiga, berlatih menggunakan peralatan yang kamu ada. Tahu cara menggunakan setiap peralatan dan tahu kegunaan setiap peralatan.


Kita tidak mahu jadi Pseudo Experts. Tahu apa dia pseudo expert? Sila google!

Berlatih dan cari kaedah yang paling cepat untuk mengadakan atau mendapatkan sesuatu ketika anda didalam masalah ketika didalam belantara.

Contoh:

*Buat api dgn kayu basah atau lebih extrim lagi, buat api didalam hujan.
 Ini belum didalam keadaan kamu kehilangan survival kit kamu lagi.

*Berlatih mencari kaedah untuk melindungi api kamu yang mana anda telah berpenat lelah   untuk adakan.

*Mencari kaedah yang paling cepat dan efektif dalam mengadakan perlindungan dan juga   tempat kamu berehat dengan selamat.

*Apakah alternatif selain dari anak sungai atau tasik sebagai sumber kamu mendapatkan   air  dan makanan?

*Pernahkah anda berlatih cara cara memancing ikan atau cara cara memasang perangkap?


Tanpa latihan minda, akal dan juga kebolehan, mungkin anda boleh hidup, tetapi peratusannya? Pernah dalam sejarah kes sesat di Malaysia, ada orang pernah sesat berminggu, dan hidup tanpa sebarang peralatan. Tetapi, adakah itu semata mata nasib (purely by chance)? Ada kes orang yang telah sesat dan tidak lagi bersama kita. Adakah anda mahu jadi sebahagian daripada statistik ini?

Walaupun dengan kekuatan minda, dengan akal yang panjang, dengan peralatan dan ilmu yang tertentu, ia masih tidak dapat menjamin yang anda akan berjaya atau hidup dalam keadaan darurat tersebut, tetapi sekurang kurangnya, ia menambah peratusan atau peluang anda untuk terus hidup, mungkin didalam keadaan yang lebih selesa. Sekurang kurangnya, tindakan yang anda ambil itu ada asas nya.  Ia seperti, sakit perut , anda jumpa doktor, dan bukan jumpa mekanik kereta.



Till then...