Pages

Tuesday, January 15, 2019

Ikhtiar Hidup Bahagian 1 - Pengenalan




Ikhtiar Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 1)
Satu topik yang amat menarik, terutama bagi remaja remaja atau kanak kanak. Ramai diantara orang dewasa memandang sinis atau remeh apabila kita sebut perkataan “ Jungle Survival”.
Tetapi itu satu kebiasaan terutama dikalangan masyarakat kita.
Bagi yang kurang berminat, jawapan yang selalu Tokwan dengar ialah, “ Perlukah? Kenapa nak masuk hutan, negara masih aman, tak dak punya Malaysia nak pi perang!”. Atau..” tu nak meniru Omputeh la tu…apa nama dia? Bear Gril (Bear Grylls) la tu…ala, yang dok keluar kat TV tu..”..


Tetapi bagi yang berminat, yang main hutan, pada mereka , ini ialah sesuatu yang amat mustahak, kerana ia merupakan antara hidup dan mati bagi mereka. Yang menghalang mereka untuk pelajari ilmu ini ialah mereka yang fikir tentang kos yang dikatakan mahal, susah untuk mendapat peralatan dan antaranya, was was tentang tenaga pengajar yang menjalankan kursus kursus Ikhtiar Hidup atau Survival ini.
Tokwan tak kata Tokwan seorang pakar, Tokwan pun masih belajar lagi, Cuma pendapat Tokwan, lagi banyak kita kongsi, lagi banyak kita belajar.
Pada Tokwan, Ilmu atau Seni Survival / Ikhtiar Hidup ini sesuatu yang amat menyeronokan. Ialah dah Tokwan minat bidang tu…seronok la… dan pada pendapat Tokwan ia sesuatu yang amat baik dan membina.
Tokwan pernah memberi kelas percuma kepada sekolah sekolah, beberapa event dan pernah memenuhi beberapa jemputan. Maklum balas ialah positif. Diantaranya:-

  •         Membina perwatakan seseorang itu
  •       Menambah keyakinan, menjadikan seseorang itu lebih positif.
  •       Menjadikan satu hobi yang berguna, meninggalkan atau mengurang kegilaan gajet dikalangan remaja.
  •       Memperbaiki disiplin dan mempunya semangat yang tinggi.
  •       Lebih tertib dalam melakukan pekerjaan.

Tokwan memang suka berkhemah. Jadi secara tak langsung sudah biasa tidor dalam khemah atau buaian/hammock, sudah biasa dengan semak samun, dan biasa dalam membuat api, masak diluar secara ringkas dan makan bekalan yang ringkas.

Minat makin mendalam apabila memasuki Pasukan Polis DiRaja Malaysia, dan menjalani latihan Pasukan Polis Hutan. Sehingga sekarang, Tokwan masih berminat dan masih belajar tentang seni Survival ini. 

Pada masa yang sama, peluang belajar dari beberapa orang asal peribumi di Perak seperti Sungai Siput, Pengkalan Hulu dan beberapa tempat lagi, memang seronok, kerana baru Tokwan sedar betapa ceteknya pengetahuan Tokwan tentang cara hidup dalam hutan dan juga tentang alam semula jadi ini.

No comments:

Post a Comment