Ikhtiar
Hidup di Hutan/Jungle Survival (Bahagian 2)
Okay, posting Tokwan kali ini ini, kita bincangkan tentang
survival kit. Survival kit ni bolehlah dikatakan satu pakej atau pek yang
mengandungi alat alat untuk ikhtiar hidup atau survival apabila ditimpa satu
malapetaka didalam hutan. Antara
malapetaka tersebut ialah sesat, terhalang pergerakan kerana banjir, tanah
runtuh, bencana alam atau pun sesuatu dharurat.
Kita
ke Pek atau Kit Ikhtiar Hidup/Survival kit.
Survival kit ialah sesuatu yang sabjektif, ia terpulang
kepada kepakaran seni hutan atau bushcrafting seseorang itu. Didalam kes ini,
kita andaikan seseorang itu kurang arif tentang seni hutan, seperti Tokwan.
Apabila kita hendak mengadakan satu Survival Kit, kita
perlu fikirkan apa kah keperluan untuk kita hidup selama paling kurang 72 jam
(standard antarabangsa), dan hanya pentingkan perkara perkara basic untuk hidup
saja (lupakan aircon, dapur gas,hiburan radio/tv, tilam yang empuk, bantal yang
selesa, makanan 5 kali sehari dan sebagainya).
Perkara yang penting untuk hidup dan keluar dari keadaan
tersebut Tokwan rumuskan seperti berikut:-
1. Api
(Untuk cahaya membolehkan kita melihat pada malam hari, memberi kehangatan
ketika cuaca sejuk, memasak air dan makanan, menghindari binatang buas, menghalau
nyamuk dan agas serta memberikan kita keyakinan).
2. Perlindungan(Untuk
melindungi kita dari elemen cuaca panas atau sejuk, hujan, angin dan juga
memberikan atau menambah keyakinan yang kita ada perlindungan yang selamat).
3. Air
(Untuk melangsungkan kehidupan kita dengan cara penghidrasi kerana manusia
memerlukan air untuk meneruskan kehidupaan).
4. Perubatan
(Untuk memastikan apa apa luka atau kecederaan dapat di rawat dan membendung
setakat yang boleh dari menjadi lebih teruk, mengubat alahan dan masalah kesihatan
yang kecil).
5. Makanan
(Untuk memastikan kita sentiasa bertenagauntuk menjalankan aktiviti seperti
membina struktur dan juga berjalan keluar dari keadaan yang sedia ada).
6. Isyarat/Perhubungan
(Untuk membolehkan kita memberi isyarat supaya pasukan mencari dan menyelamat
atau mana mana orang yang kebetulan berhampiran dengan kita yang dalam keadaan
semasa).
7. Navigasi
(Untuk membolehkan kita mencari arah yang diingini, mungkin disebabkan kita
mengetahu arah mana yang boleh membawa kita menuju ke ketamadunan yang
merupakan sesuatu tempat yang selamat).
No comments:
Post a Comment