Pages

Monday, January 28, 2019

Apa Yang Perlu Di ingat Apabila Sesat

Rumusan Perkara Yang Perlu Anda Ingat Apabila Sesat Didalam Hutan!

Jadi sebagai merumuskan apa yang anda baca melalui posting posting beberapa hari yang lalu,
berikut adalah apa yang anda perlu ingat ketika anda menjalani latihan, amalan atau ketika anda sesat didalam hutan Malaysia.

1. 3 Prinsip Ikhtiar Hidup, iaitu :

  • Mental- jangan mudah goyah, kuatkan semangat, hadapi dugaan.
  • Panjang Akal - fikir Alternatif. Tingkatkan kreativiti.
  • Persediaan yang merangkumi pengetahuan dan peralatan.

2. S.T.O.P. iaitu:
  • Sit = Duduk
  • Think = Fikir
  • Observe = Pemerhatian
  • Plan = Perancangan.

3. A.P.A. iaitu:
  • Api
  • Perlindungan
  • Air

4. Hukum 4 angka 3 (Rule of Four 3's) iaitu: 
  • Tidak boleh hidup 3 minit tanpa udara.
  • Tidak boleh hidup 3 jam dalam keadaan beku.
  • Tidak boleh hidup 3 hari tanpa air.
  • Tidak boleh hidup 3 minggu tanpa makanan.






6 comments:

  1. Terimakasih Tok Wan...banyak ilmu dapat dari blog ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sir Noordin Khalid. Tokwan tak pandai bab blog ni...cuma mencuba setakat mana yang boleh. Ini hanyalah apa yang saya dapat kongsi dengan semua peminat outdoors.

      Delete
  2. Perkongsian yg baik. Walaubagaimanapun, kena jugak sekurang2nya buat latihan praktikal bagi mempersiapkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nazri, memang setiap perkara ikhtiar hidup perlu di praktikan melalui latihan. Bukan sekali, malah berulang kali supaya ia menjadi kebiasaan atau " second nature". Contoh, bila kita buat api di belakang rumah atau kat depan rumah, memang mudah. Tetapi bila didalam hutan, dan dibawah tekanan pulak, memang kadang kadang fail!
      Jangan bimbang, dalam seminggu dua ni, Tokwan akan kongsi lagi cara cara mempraktikan ikhtiar hidup, terutama dibawah APA iaitu Api, Perlindungan dan Air.
      Satu komen yang baik Tuan Nazri, terima kasih.

      Delete