Pages

Sunday, January 27, 2019

A.P.A, iaitu Api, Perlindungan dan Air

A.P.A. :  Api, Perlindungan dan Air

Tiga keperluan (essentials) utama yang perlu di beri keutamaan apabila anda sesat didalam hutan belantara ialah Api, Perlindungan dan Air.   Kenapa di utamakan keperluan ini?

Simple ja....Ingat hukum 4 angka 3 ini (Rule of Four 3's) dan anda akan faham:
  • Manusia lazimnya tidak boleh hidup tanpa udara melebihi 3 minit.
  • Manusia secara amnya, tidak boleh hidup dalam keadaan beku melebihi 3 jam.
  • Kebanyakkan manusia tidak boleh hidup tanpa hidrasi atau air melebihi 3 hari.
  • Manusia biasanya tidak boleh hidup tanpa makanan  melebihi 3 minggu.
Jadi didalam keadaan sesat, kita masih ada udara melainkan kita tertimbus. Di dalam hutan jika pada altitud tinggi seperti bukit atau gunung di Malaysia, lazimnya cuaca sejuk tetapi tidak beku. Untuk selesa, kena ada kehangatan, jadi Tokwan utamakan api sebab byk lagi kelebihan api. 

Pencarian air pula boleh ditangguh sehingga keesokkan hari kerana kita masih ada 3 hari. Jadi kalau dah bersedia atau prepared, Tokwan buat perlindungan dahulu. 

Tokwan lazimnya mencari air pada keesokkan hari, kerana air mudah dicari (walaupun sedikit) pada awal pagi.

Api:

  • Bertindak sebagai " morale booster", sebab anda tidak lagi didalam kegelapan dimana anda tiada kawalan keatas kawasan sekeliling anda kerana anda. Dengan adanya cahaya dari api, anda kini boleh melihat keadaan terdekat, walaupun terhad.  Ini membenarkan anda mengambil tindakan yang sewajarnya apabila diperlukan.
  • Memberi kehangatan apabila keadaan cuaca menjadi sejuk atau penurunan suhu.
  • Memberi keselesaan untuk mengeringkan pakaian anda (jika basah), juga merupakan satu lagi "morale booster".
  • Membenarkan anda memasak air dan makanan untuk memulihkan tenaga dan menyambung kehidupan.
  • Membolehkan anda mengeraskan kayu dengan menggunakan bahang api dalam pembuatan senjata.
  • Bertindak sebagai isyarat visual yang menunjukkan anda berada ditempat itu.
  • Bertindak sebagai penghindar binatang buas, kerana asap dan api memang memang tidak disukai mereka.
  • Membolehkan anda membina perlindungan pada waktu gelap, kerana cahaya api membantu anda melihat.
Perlindungan:
  • "Morale Booster" kedua, memberi anda perasaan yang anda berada didalam tempat yang terlindung dari bahaya.
  • Jika dibuat dengan betul, melindungi anda dari elemen elemen cuaca seperti panas, hujan, angin dan kesejukan.
  • Katil/pangkin yang tinggi melindungi anda dari binatang merayap dan menyelinap yang berbisa seperti ular dan juga binatang yang menyodol seperti khinzir hutan. 
  • Katil/pangkin juga menghalang haba tubuh anda di serap oleh tanah yang boleh mengakibatkan anda mengalami hipothermia.
Air
  • Keperluan utama dalam menyambung kehidupan anda. 
  • Juga memberi anda kekuatan kerana tubuh yang kekeringan (dehydrated), akan mengalami kelemahan, sakit kepala dan kekejangan otot serta kurang bermaya melakukan pekerjaan.

No comments:

Post a Comment