Pages

Saturday, January 26, 2019

Sesat STOP Bahagian 2

Sesat STOP Bahagian 2.

Tumpuan kepada O iaitu Observation = Pemerhatian.

Tokwan rasa tak sampai hati pulak kalau tak tak bagi lagi beberapa perkara tentang O (Observation = Pemerhatian) ni. Alasan Tokwan ialah , O merupakan antara faktor penting untuk P iaitu Plan = Perancangan  seterusnya.

Dibawah ialah apa yang Tokwan tulis semalam tentang O.


O = Observe. Maknanya, buat permerhatian . Yang ni panjang sikit. Perhatikan:
  • Masa, dah pukul berapa sekarang, dah nak malam ka, dalam hutan, keadaan akan gelap dgn cepat, sekitar 6.30ptg, berapa banyak masa terang yang anda ada? Ini penting kerana ia akan meberi anda pilihan untuk membuat api dahulu atau perlindungan dahulu. Kalau api, anda akan dapat cahaya untuk membolehkan anda membuat  perlindungan walaupun hari semakin gelap.
  • Keadaan rupa bumi. Adakah anda berada dilereng, atau terlalu dekat dengan sungai atau dilembah. Ini untuk anda  memastikan samada akan terdedah kepada tanah runtuh atau banjir. Banjir kilat juga boleh merupakan satu ancaman yang serius.
Tempat yang paling sesuai untuk perlindungan apabila sesat, ialah ditepi laluan/trail

  • Adakah anda terlalu dekat dengan denai laluan binatang. 
  • Adakah kedudukan anda hampir dengan sira yang mungkin mendedahkan anda kepada ancaman binatang buas? Sira ialah tempat binatang buas minum air dan makan garam bukit.
  • Tengok keatas, lihat keadaan pokok pokok samada ada yang dah mati atau menyondong kearah mana yang boleh menghempap anda (Omputeh panggil pokok pokok dan dahan dahan yang boleh jatuh ni "Widow Makers"), jika ya, bukan tempat yang sesuai untuk membuat perlindungan.
    Elakkan berteduh dibawah pokok yang dah mati
  • Lihat samada anda dikawasan panahan petir. Lihat banyak tak pokok pokok yang dah mati dengan kesan terbakar sedikit.
  • Adakah anda dikawasan dimana terlalu banyak longgokan batu atau longgokan kayu mati yang mana  binatang berbisa mungkin diami.
  •  Lihat dalam kawasan 30 ke 50 meter. samada terdapat sumber sumber air, seperti anak sungai. Tumbuhan seperti pokok pisang, rimbunan buloh dan akar rotan boleh menjadi sumber air. Pokok Bertam juga membolehkan anda mendapat makanan daripada umbutnya. Daun Bertam dan daun palas boleh jadi sumber membuat perlindungan. Buloh juga merupakan satu sumber untuk membuat perlindungan, menyimpan air dan memasak air dan makanan. 
  • Dahan dahan patah yang telah kering, boleh menjadi sumber kayu api. Perlu diingat, anda memerlukan api yang marak, jadi sumber kayu api amat berharga. 
  • Perhatikan juga jika anda disatu tempat yang terlalu terlindung, seperti didalam lembah. Ini kerana mungkin menyukarkan pasukan penyelamat mengesan anda.
  • Adakah tempat semasa membolehkan anda dilihat dari segenap arah, termasuk udara.

Buloh, pokok pelbagai guna,

Pokok pisang selalunya terdapat ditempat cerah yang disinari cahaya matahari.




No comments:

Post a Comment