Pages

Wednesday, October 31, 2018

Pengenalan :Cerok Survival Tokwan


Apa yang saya buat adalah cara saya, Anda mungkin ada cara anda, tetapi apa yang saya kongsi disini adalah cara saya. Anda mungkin suka atau tidak suka, tetapi ini adalah cara saya.

Sebelum saya teruskan, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika penulisan saya ini kurang menarik. Ini adalah kerana saya tidak mempunyai latar belakang atau kelulusan didalam bidang penulisan. Saya hanya menulis mengikut hati saya.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Selamat datang saya ucapkan kepada anda kerana melewati blog saya.



Sedikit mengenai diri saya.
Kawan kawan saya panggil saya Tokwan, mungkin kerana saya sudah berumur dan rambut saya semua beruban, walaupun belum mempunyai cucu ketika penulisan ini.

Tokwan amat suka dan sayangkan hutan kita. Saya kerap masuk hutan untuk hiking dan berkhemah. Hutan memberikan saya ketenangan dalam menikmati keindahan alam yang dipinjamkan kepada kita. Ia menyedarkan betapa kerdilnya kita, betapa lemahnya kita sebagai manusia dan betapa mudah nya kita terdedah kepada ancaman.

Ketika didalam hutan, saya suka menguji kekuatan minda dan ketahanan saya. 

Latar belakang saya.
Saya adalah bekas seorang Pegawai Polis dan pernah menjalani latihan Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta.
Namun saya bersara sebagai seorang Pengurus Korporat Bahagian Siasatan dengan salah sebuah syarikat Multi Nasional terbesar di Malaysia.

Anda pasti tertanya, kenapa Tokwan menulis blog ini?

Penulisan dalam blog ini ialah cara Tokwan ingin berkongsi hobi hutan Tokwan, iaitu solo hiking, berkhemah, apa yang Tokwan buat dalam hutan (ia itu melatihkan diri saya dalam aktiviti Ikhtiar Hidup atau orang panggil “Jungle Survival”.) dan sekali sekala Tokwan menjadi seorang kanak kanak semula (There is always a child in every man) , dengan bermain pondok pondok dan mempraktikan seni hutan, iaitu JungleCrafting (Orang Barat panggil Bushcrafting).

Saya harap, anda dapat menikmati apa yang saya tulis disini dan mendapat munafaat daripada blog ini.

Jika anda ada apa apa soalan sila tinggalkan komen dan saya akan cuba untuk menjawab seberapa yang baik.

Enjoy!!

Kredit kepada Yun She Pinky Lala dan juga Lipanz kerana membantu saya untuk adakan Blog ini...kalau nak harapkan orang tua sezaman dinosaur macam saya ni, pakai tak "up" la Blog ni..

2 comments:

  1. Tahniah Tokwan. Harap dpt berkongsi byk ilmu dan pengalaman di sini. Banyakkan juga gambar2 Tokwan yg hensem tu.. hehe.. gambar2 yg boleh membantu supaya senang faham lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Nazri, don't worry, more pics coming up.

      Delete