Pernah
kah anda dengar ayat ayat dibawah ini?
"Saya
selalu tengok rancangan Ikhtiar Hidup di TV, tengok siPolan ini atau siPolan
itu tunjuk cara nak hidup kalau sesat dalam hutan, jadi saya tahu apa nak buat
dan saya yakin saya boleh hidup."
Atau,
"Saya
kalau sesat, saya cari sungai dan ikut sungai la..boleh minum air sungai, tepi
sungai selalu ada perkampungan."
Atau,
"Saya
selalu gi hiking ngan member, dah bertahun dah, saya ada pengalaman, kalau sesat
saya yakin saya boleh hidup."
Atau,
"Saya
ada Survival Knife, beli pun beratus, saya ada tali dan tau cara nak guna tali..jadi
saya kalau sesat pun boleh hidup punya."
Atau,
"saya
selalu bawa survival kit, saya beli kat Singapura tahun lepas, saya selalu bawa
dalam poket saya, kompak, kecik ja, ringan, semua ada, jadi kalau saya sesat,
saya boleh keluar punya."
Atau,
"saya
pernah hadiri kurus Ikhtiar Hidup 5 tahun dulu, kelas dia ok, ajar buat api,
buat pondok, cari air, tapis air, ya…saya yakin saya boleh hidup."
-------------------------------------------------------------
Okay,
kita tengok ayat ayat diatas, semua boleh dikatakan lengkap. Ada yang dah
pernah pergi kursus, ada yang dah ada Survival Kit, ada yang beli pisau beratus
ringgit, ada yang dah berpengalaman hiking atau meredah hutan, dan ada yang
selalu tgk rancangan survival kat TV.
Tetapi,
kalau anda banyak pengalaman hiking, anda mungkin tahu dan pakar cara hiking,
tetapi adakah anda mempunyai pengetahuan, kepakaran dan jugak mentaliti untuk
terus hidup?
Kalau
anda mempunyai pisau yang berharga beratus ringgit, adakah anda tahu cara
menggunakan pisau itu untuk kesinambungan kehidupan anda dengan serba
kekurangan didalam belantara?
Walaupun
anda telah pernah hadiri kursus Ikhtiar Hidup beberapa tahun lalu, tetapi anda tidak fokus ketika kelas, anda tidak
berlatih atau menggunakan kaedah yang telah diajar semasa kursus, bolehkah anda
buat perkara perkara yang perlu ketika dalam keadaan dharurat seperti buat api
dalam masa 1 jam, buat perlindungan sebelum hilang cahaya dalam hutan?
Okay,
anda telah pernah hadiri kursus, telah pun berbelanja wang untuk membeli
survival kit yang berjenama, adakah anda pernah menggunakan atau membiasakan
diri menggunakan survival kit tersebut? Adakah and pernah berlatih, mengadakan
senario sesat dan menggunakan survival kit tersebut?
--------------------------------------------------------------
Satu
perkara utama, adakah anda bersedia untuk menghadapi situasi sesat dalam
belantara secara solo dengan spenuhnya?
Bersedia dari segi:
1. Kekuatan mental dimana
tanpanya, anda mungkin mengalami seragan panik dan menjadi histeria, berlari
kesana sini, menjerit jerit, terpekik pekik mieminta tolong, waktu ini lah anda
menjerit memanggil semua nama nama ibu bapa dan nenek moyang anda.
2. Akal yang panjang, dimana
anda belajar menggunakan apa yang anda bawa, dengan apa yang ada disekeliling
anda, belajar mencari cara alternatif sekiranya cara yang anda cuba buat atau
dilatih buat, gagal.
Tokwan
selalu menekankan keperluan berlatih, berlatih dan berlatih. Moto Tokwan,
Practice Makes Perfect!
Pertama,
melatihkan minda kamu supaya kuat, agar berani ketika berada dalam keadaan
berseorangan, berlatih menghadapi ketakutan, berani dengan kegelapan.
Kedua,
berlatih, minda kamu supaya cepat mengenal pasti alternatif yang ada
disekeliling kamu. Berlatih membuat sesuatu benda dengan benda yang jarang
orang gunakan.
Ketiga,
berlatih menggunakan peralatan yang kamu ada. Tahu cara menggunakan setiap
peralatan dan tahu kegunaan setiap peralatan.
Kita tidak mahu jadi Pseudo Experts.
Tahu apa dia pseudo expert? Sila google!
Berlatih
dan cari kaedah yang paling cepat untuk mengadakan atau mendapatkan sesuatu
ketika anda didalam masalah ketika didalam belantara.
Contoh:
*Buat
api dgn kayu basah atau lebih extrim lagi, buat api didalam hujan.
Ini
belum didalam keadaan kamu kehilangan survival kit kamu lagi.
*Berlatih
mencari kaedah untuk melindungi api kamu yang mana anda telah berpenat lelah untuk adakan.
*Mencari
kaedah yang paling cepat dan efektif dalam mengadakan perlindungan dan juga tempat kamu berehat dengan selamat.
*Apakah
alternatif selain dari anak sungai atau tasik sebagai sumber kamu mendapatkan air dan makanan?
Tanpa
latihan minda, akal dan juga kebolehan, mungkin anda boleh hidup, tetapi
peratusannya? Pernah dalam sejarah kes sesat di Malaysia, ada orang pernah
sesat berminggu, dan hidup tanpa sebarang peralatan. Tetapi, adakah itu semata
mata nasib (purely by chance)? Ada kes orang yang telah sesat dan tidak lagi
bersama kita. Adakah anda mahu jadi sebahagian daripada statistik ini?
Walaupun
dengan kekuatan minda, dengan akal yang panjang, dengan peralatan dan ilmu yang
tertentu, ia masih tidak dapat menjamin yang anda akan berjaya atau hidup dalam
keadaan darurat tersebut, tetapi sekurang kurangnya, ia menambah peratusan atau
peluang anda untuk terus hidup, mungkin didalam keadaan yang lebih selesa.
Sekurang kurangnya, tindakan yang anda ambil itu ada asas nya. Ia seperti, sakit perut , anda jumpa doktor,
dan bukan jumpa mekanik kereta.
Till then...
No comments:
Post a Comment