Pages

Sunday, January 13, 2019

Tips untuk Hikers




TIPS PERSEDIAAN UNTUK HIKERS



Kita berjumpa lagi di Cerok Tokwan. Hari ni Tokwan nak bagi tips sikit kepada para para hikers sebagai persediaan sebelum pi naik mana mana gunung atau masuk hutan.
Betui, tak pi jauh mana pun, ada guide, nak pi tengok awan nano ja, tapi malang tak berbau dan bukan susah tegha mana pun kalau nak buat sedikit persediaan ni.




1.      Maklumat yang perlu dimaklumkan kepada organizer, guide dan juga kawan hiking.
a.      Nombor hubungan ahli keluarga jika berlaku sebarang kecemasan.
b.      Penyakit serius seperti
                                                              i.      Penyakit Jantung,
                                                            ii.      Darah Tinggi, Tekanan Darah Rendah.
                                                          iii.      Kencing Manis (samada tidak boleh mengambil gula atau kandungan gula dalam badan terlalu rendah).
                                                           iv.      Lelah (Athma).
                                                             v.      Sakit Tulang Belakang.
                                                           vi.      Sakit Buah Pinggang.
                                                         vii.      Sawan.
c.       Alahan/Allergies:
                                                              i.      Sebarang alahan kepada sebarang makanan (selalunya kacang).
                                                            ii.      Ubat ubatan seperti antibiotics dan penahan sakit.
d.      Mengandung atau hamil.

2.      Persediaan yang perlu dibawa, jangan dok pi hiking tak bawa apa, asyik nak berlenggang saja. Semua ini dimasukkan kedalam Bag Galas anda /Back Pack.
a.      Air yang mencukupi untuk hari itu.
b.      Sedikit Makanan melebihi 2 hari dari jumlah hari untuk hiking tersebut. (Contoh, kalau hiking sehari, bawalah makanan lebih untuk 2 hari iaitu sekali makan untuk sehari.)
c.       Kit perubatan kecemasan dan ubat ubatan.
d.      Kit Ikhtiar hidup, paling kurang untuk :
                                                              i.      Membuat api.
                                                            ii.      Perlindungan.
                                                          iii.      Membawa dan memproses air.
                                                           iv.      Kompas.
                                                             v.      Alat memotong.
                                                           vi.      Tali.
e.      Jaket atau baju lebih jika keadan menjadi sejuk dipuncak
(Tolong bawak peralatan sendiri dan jangan hanya berharap kawan atau guide untuk membawa untuk anda, kerana jika anda sesat seorang diri, kit ini bersama anda untuk anda gunakan).

3.      Beberapa hari sebelum hiking.
a.      Ambil tahu laluan/route denai atau trail yang group akan hike.
b.      Ambil tahu tahap darjah kesusahan untuk hiking tersebut.
c.       Ambil tahu keadaan sekeliling tempat kamu hiking dan kumpulkan maklumat mengenai keadaan rupa bumi kawasan tersebut. Contoh:
                                                              i.      Disebelah mana yang ada jalanraya.
                                                            ii.      Terdapat sungai diakwasan berdekatan atau tidak. Jika ya, disebelah atau arah mana.
                                                          iii.      Arah mana terletaknya kampung atau pekan yang paling berdekatan.
      
      4. Sehari atau dua sebelum hiking.
          Maklumkan keluarga, dan kawan baik anda (orang yang akan ambil berat tentang diri anda) 
          butir butir berikut:-
                  a. Kawasan yang anda akan pergi hiking, termasuk koordinat tempat permulaan hiking 
                      dan kalau boleh arah yang akan diambil. Yang penting nama trail dan mula dari mana.
                  b. Bila anda akan mula dan bila sepatutnya anda keluar dari trail.
                  c. Dengan siapa, dan berapa orang.
Ini adalah bertujuan untuk pihak berkuasa digerakan sekiranya anda tidak keluar pada tarikh dan
masa yang telah ditetapkan.

4.      Pada waktu memulakan hiking (Di Trail Head).
a.      Lakukan senaman Renggangan (Stretching) supaya otot otot, saraf dan urat urat anda sudah bersedia untuk dimanipulasikan.
b.      Ambl arah yang kamu akan memasuki hutan. Contoh, jika kamu memasuki arah Timur, maknanya apabila kamu di laluan hiking, Trail Head atau jalanraya berada di Barat. Ini akan menjadi pedoman kamu untuk mengambil arah keluar.
c.       Ketika hiking, fokus kepada orang dihadapan dan juga pastikan orang dibelakang tidak ketinggalan terlalu jauh.
d.      Maklum group jika anda penat atau terlalu letih.
e.      Maklum group jika anda terpaksa berhenti untuk melakukan sesuatu. Minta group tunggu anda. Kes hilang selalu terjadi apabila kita ambil sikap mudah. Antaranya..” Takpa, Jalan dulu, nanti aku hambat”.

Tokwan harap, dengan tips tips ini anda dapat enjoy semasa hiking dan tidak akan menghadapi sebarang masalah, dan kembali kepangkuan keluarga dalam keadaan yang selamat dan tepat pada waktumya.

Tokwan pun bukan pakar, cuma rasa , patut Tokwan suarakan tips tips ini, Ini saja sumbangan dari Tokwan kepada para para hikers.

No comments:

Post a Comment