KIT IKHTIAR HIDUP UNTUK HIKING SEHARI
(DAY HIKE SURVIVAL KIT)
Baru baru ni Tokwan hike ke Pantai Keracut yang
berada didalam Taman Negara Pulau Pinang. Ni saja syok syok punya hike,
pelepaih gian. Memang trail ni selamat. Satu hala sahaja, cuma ada persimpangan
di Bukit Itam Trail ke Bukit Itam dan ke Sungai Tukun, satu ke kanan dan satu
ke kiri. Atas sikit, ada persimpangan ke Telok Kampi.
Satu trail smple dari entrance ke Pantai
Keracut, sejauh 3.5km.
Namun apa yang Tokwan tengok, muda mudi yang
hike situ, majoriti tak bawa apa, berlenggang. Yang perempuan, air pun tak nak
bawa, harapkan “boy” tolong bawa.
Maka flashback kembali ke hike hike di Cerok
Tok Kun, Bukit Seraya dan beberapa bukit atau gunung lagi, dimana senario yang
sama dilihat…iaitu…kalau dayhike, berlenggang saja.
Bila Tokwan imbas balik kes kes sesat yang
terdahulu, kebanyakan kes kes sesat ni berlaku ketika One Day Hike, atau Day
Hike, dimana tempoh masuk dan keluar, hanya sehari.
Jadi sharing atau perkongsian hari ini ialah apa
yang Tokwan bawa dalam back pack untuk Day Hike.
Untuk Day Hike, Tokwan guna bag 30 liter.
Selain makanan dan minuman, Tokwan masukkan kedalam back pack tersebut beberapa
barang yang berguna dan menjimatkan masa jika Tokwan tersesat.
Yang pasti Tokwan bawa ialah :
1. Fly sheet yang berwarna terang (warna oren
pilihan Tokwan sebab nampak dengan jelas). Flysheet siap dengan tali/cordage
untuk membolehkan dipasang dgn cepat.
2. Hammock siap dengan tali tali supaya mudah
dipasang dengan cepat. Hammock ini tiada kelambu supaya cepat Tokwan turun dari
arah mana pun jika terpaksa.
3. Pisau
4. Gergaji lipat
5. Kit Perubatan
6. Kit Ikhtiar Hidup yang mengandungi kompas, kit
membuat api, emergency blanket dan pelbagai keperluan lain.
7. Sehelai shemagh untuk pelbagai guna.
8. Kelambu muka (melindungi bahagian kepala sahaja
dari nyamuk).
9. Krim anti pacat.
Sila lihat gambar dibawah.
Tokwan pasti, akan ada orang yang akan berkata,
ala, Day Hike jer pun…takkan nak bawa sebegitu banyak?
Jadi dengan ada nya persediaan ini, dan juga
sedikit latihan, Tokwan berjaya menaikan fly dan memasang hammock dibawah masa
8 minit.
Jadi kalau hari nak hujan dan nak gelap pun,
lampu suluh dalam survival kit tu boleh membantu, dan masa untuk mencari kayu
dan membuat api pun kita ada banyak…tak kelam kabut.
Tokwan buat macam ni, sebab masa untuk adakan
perlindungan sementara dari bahan alam semula jadi biasanya memakan masa
diantara 2 ke 4 jam. Itu pun kalau kita
telah dilatih.
Sekian, sehingga kita bertemu dilain masa.
No comments:
Post a Comment