- UNTUK PARA NEWBIES.
Dalam mempelajari ilmu Ikhtiar Hidup, semua penggiat hendaklah bermula dari asas. Oleh itu, selain menggunakan pemetik api atau mancis, hari ini Tokwan akan menunjukkan cara mengadakan api dengan menggunakan Ferrocirrum Rod atau Firesteel. Ada juga yang memanggil alat ini sebagai Ferro Rod.
Kaedah kali ini dipadankan dengan tinder dari kapas asli 100% yang disaluti dengan Jeli Petroleum 100% keluaran Vaseline. Jeli ini boleh didapati dikebanyakkan farmasi.
Untuk pengetahuan, ini adalah salah satu cara popular dan cepat untuk mengadakan api. Terdapat banyak lagi cara moden atau primitif untuk mengadakan api. Perlu diingat, didalam mode Ikhtiar Hidup atau Survival, cara yang mudah dan cepat amat diperlukan dalam mengejar masa dan juga menyimpan tenaga.
Sila lihat video dibawah ini dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan soalan anda di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment